Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat
|
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
POSTED BY juong |
Popular Posts
-
Rumi Ke Jawi 1. Convert rumi ke jawi secara online. senang sekali! 2. Lepas covert, copy dan paste kat microsoft word, 3. dan pilih font ...
-
1) Kaedah persenyawaan teknik bantuan Re-produktif (ART). Kaedah ART ialah kaedah yang dilakukan dengan memasukkan sperma/embrio ke dal...
-
Tulisan jawi amat diperlukan terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepad...
-
Rumi ke Jawi versi Aplikasi Telefon (Buat masa sekarang, hanya pengguna telefon pintar Android sahaja boleh menggunakanya ). Aplikasi ini...
-
Mengetahui seseorang itu anak yang ke berapa dalam keluarga dengan menggunakan rumusan matematik. Sebagai contohnya: Dalam keluarga anda t...
-
Sebelum download Arabic Dotted / titik-titik, Aracbic font perlu di install terlebih dahulu. Install arabic font di sini Kalau dah install, ...
-
Salam, Nak cari Homestay @ penginapan berdekatan gua-gua di lenggong seperti Gua Puteri, Lenggong , anda boleh cari homestay M...
-
Cara Pengiraanya: Jumlah Stem Duti = [ ( Kadar Sewa Bulanan X 12 – 2400 ) / 250 ] X Jumlah Tahun Perjanjian Contoh pengiraan untuk sewaa...
-
Tafsir Al-Qur’an Surah Al-Mu’minuun (Orang-orang Yang Beriman) Surah Makkiyyah; surah ke 23: 118 ayat BismillaaHir rahmaanir rahiim :...
-
Pulau Langkawi atau Langkawi Island merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Pulau ini amat terkenal den...
Post a Comment